2010年5月22日土曜日

Pilihan ditangan kita

Ubuntu Untuk Malaysia

Ditulis pada Saturday, May 22, 2010

Ubuntu - Better than your Ex & will be better than your Next

0
Sebenarnya kebanyyakkan end user (pengguna) tidak kisah tentang sistem operasi apakah yang sedang digunakannya, atau sistem operasi apakah yang digunakan oleh laptop itu atau handphone itu. Mereka hanya akan kisah apabila sistem operasi yang sedang digunakan buat hal (sucks). Apabila sesuatu sistem operasi buat hal, pengguna akan bertanya macam mana nak baiki. Jika sekiranya ia masih tidak boleh dibaiki, itulah masanya untuk mencari altenatif yang lebih baik.

Sekurang-kurang itulah yang sepatutnya berlaku. Namun oleh kerana sikap monopoli Microsoft, pengguna tidak mengenali Windows sebagai sistem operasi tetapi Windows + Hardware = Komputer (PC). Ketika masih kecil, saya menyangka bahawa Bill Gates lah mencipta komputer dan antara fakta paling menarik yang menjadi gosip dikalangan rakan-rakan ketika itu ialah, orang malaysia tak ada seorang pun yang pandai mencipta komputer!Kebodohan itulah yang berterusan sehinggalah saya mengenali ubuntu, mac osx dan apa itu sistem operasi.

Melalui pengalaman saya yang sedikit ini, disini saya cuba merungkaikan apakah kelebihan ubuntu dan untuk golongan manakah kelebihan ditujukan.

1.Bebas
Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka yang bebas serta percuma untuk digunakan, dikongsi, disebarkan, dibaiki dan disebarkan kembali tanpa apa-apa sekatan akta hakcipta, EULA dan sebagainya. Kelebihan ini bagus kepada Kerajaan, NGO, NPO, universiti, sekolah dan seumpamanya untuk tujuan kegunaan, kajian dan pembelajaran. Ianya dapat menjimatkan wang, selain bebas dari kekangan perlesenan serta EULA.

2.Keselamatan
Ubuntu merupakan sistem operasi berasaskan Linux yang mempunyai struktur sistem yang tidak memungkinkan sebarang kewujudan Virus, Trojan dan seumpamanya. Selain itu, ubuntu sebagai sistem operasi sumber terbuka menjadikan ianya sangat responsif terhadap lubang kelemahan (vulnerabilities) dan cepat menggeluarkan kemaskini dalam bentuk bugs fix. Kelebihan ini tentunya akan mengurangkan kerja juruteknik komputer di pejabat-pejabat kerajaan dan sekaligus menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membeli perisian antivirus.

3.Komuniti
Ketika populariti Microsoft dan Apple dipusatkan kepada syarikat mereka, populariti ubuntu adalah kerana komuniti ubuntu yang terbina diatas konsep perkongsian yang mengagumkan. Siapa sangka konsep komuniti ini mampu meletakkan Ubuntu sebaris dengan sistem operasi Windows 7 dan Mac OSX Snow Leopard? Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem operasi ubuntu, taipkan sahaja masalah anda di google.com dengan perkataan "ubuntu" dan anda akan mendapati masalah anda itu sebenarnya dikongsi oleh pengguna lain juga berserta dengan penyelesaian. Inisiatif melayubuntu ialah mengadakan page melayubuntu di facebook supaya anda dapat bertanyakan masalah ubuntu anda secara terus kepada 600 lebih pengguna ubuntu.

Kelebihan itu tentunya menarik minat pengguna baru yang mula berjinak-jinak untuk mengenalinya. Mereka seronok menggunakan ubuntu kerana mereka dapat berkongsi sesuatu dengan komuniti dan menjadi sebahagian dari komuniti.

4.Perisian
Ubuntu merupakan sistem operasi yang paling mudah untuk memasang sesuatu perisian. Taipkan sahaja perisian yang diingini dalam Ubuntu Software Centre dan kemudian klik butang "Install" pada perisian yang diingini dan proses pemasangan akan berlaku secara automatik selepas itu. Tidak perlu memasuki website tertentu, muatturun installer, klik next next agree next next + Desktop Shotcut next bla bla..
Kelebihan ini sesuai bagi mengguna komputer newbie yang suka mencuba perisian baru dan mempelajarinya tanpa perlu melalui proses hack, crack, serial, dan sebagainya.

5.Live CD
Live CD Ubuntu tidak seperti Installer Windows mahupun Mac OSX kerana Live CD Ubuntu dapat digunakan untuk boot ke dalam sistem ubuntu dalam CD dan bukannya harddisk. Ini membolehkan pengguna komputer memasuki sesi live cd ketika sistem operasi lainya tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya melakukan backup yang perlu. Fungsi ini diperlukan bagi semua pengguna komputer yang tidak suka membawa komputer mereka ke pusat servis komputer semata-mata untuk memperbaiki kerosakan yang mudah dibaiki. Bagi mereka yang menggunakan Netbook pula, Ubuntu memudahkan anda membina Live USB yang membolekan komputer boot ke dalam sistem ubuntu yang terdapat dalam USB.

Segmentasi Pengguna
Yup, ubuntu bukan untuk semua orang. Bukan untuk video editor, bukan untuk hardcore gamer (walaupun steam untuk linux akan dilepaskan beberapa bulan lagi), bukan untuk mereka yang terikat dengan monopoli windows dari segi perisian, bukan untuk mereka yang fobia dengan perkataan "buntu" dan sebagainya. Dalam marketing, ianya dipanggil segmentation, iaitu teknik pembahagian pasaran. Contohnya iklan Iphone sebenarnya tidak ditujukan kepada profesyen penoreh getah. Artikel ini pula semestinya bukan untuk video editor, hardcore gamer dan seumpanya.

Namun, cukup sekadar ingin mengatakan bagi segmentasi yang tepat, ubuntu is better than your ex, and will be better than your next. [no hard feelings ok?]


0 件のコメント:

コメントを投稿