2010年11月2日火曜日

Artikel dari JOM LINUX

Makna Istilah Ubuntu
Jom Linux | Nov 02, 2010 | Comments 2

TwitterIdenti.caFacebookTumblr
Walaupun ramai antara pengguna Linux yang menggunakan Ubuntu tapi ramai juga yang masih terkeliru dengan penamaan atau istilah yang digunakan Ubuntu. Kebanyakkanya yang baru berjinak-jinak dengan OS ini.

Seperti mana yang kami katakan dalam entri lepas, kami akan kupaskan istilah ini berserta maknya supaya para newbie tidak terkontang-kanting.

Edition.
Terdapat 3 jenis Edition yang digunakan Ubuntu…satunya adalah Desktop Edition dan satu lagi Server Edition dan terbaru Netbook Edition.

Yang ini sebenarnya banyak mengelirukan orang — mereka sering bertanya, Desktop Edition ni boleh pakai kat laptop atau netbook ke?

Ni sebab ramai dari kita faham yang Desktop tu merujuk komputer besar gedabak yang ada badan utama, monitor, papan kekunci dan tetikus. Sedangkan dalam dunia komputer Desktop juga diertikan apa-apa PC yang digunakan bagi pengguna akhir termasuklah laptop, netbook dan desktop itu sendiri.

Server Edition pula merujuk spesifik komputer yang digunakan khas untuk menjadi pelayan. Contohnya, print server, web server dan lain-lain.

Server Edition boleh gak digunakan pada desktop, laptop dan netbook tapi korang nanti ternganga pasal dia takde persekitaran desktop (kena guna command) dan tak ada perisian tambahan macama OpenOffice dan lain-lain. Ia kecil dan ringkas hanya untuk menjalankan aktiviti server.

Netbook Edition pun boleh guna kat Desktop dan laptop cuma pelik jelah pasal ikon dia besar-besar.

Alternate.
Ubuntu Desktop atau Server Edition ni juga ada pula versi Alternate. Ubuntu Desktop Alternate atau Server Alternate ini digunakan untuk menaik taraf versi lama Ubuntu.

Atau digunakan untuk memasang Ubuntu pada perkakasan lama yang tidak cukup syarat dalam keperluan perkakasan (minimum hardware requirement).

32-bit dan 64-bit.
Hmm…agak panjang kalau nak cerita pasal apa beza 32 dan 64. Tapi kami ceritakan secara analogi.

Kebanyakkan komputer sekarang menggunakan OS 32-bit yang mana bolehlah dianggap seperti jalan raya yang mempunyai hanya 1 baris untuk kereta lalu. Dalam analogi ini kereta dianggap data.

OS 64-bit pula ibaratnya jalan yang mempunyai 2 baris. Ia bukan sahaja lebih besar malah membenarkan lebih banyak kereta berada di jalan dalam satu-satu masa.

Ubuntu 32-bit atau OS lain yang menyokong 32-bit hanya boleh menggunakan RAM sehingga maksima 4GB sahaja (walaupun ada cara nak tambah)

64-bit boleh juga menyokong sehingga 16 Exabytes tapi kebanyakkan perkakasan meletakkan had seperti AMD yang menghadkan sehingga 4 Petabytes RAM. Pendek kata, 64-bit boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan memberikan kelebihan memproses.

Kalau tak caya cuba pasang Kdenlive dan cuba rendering video 30 minit HD antara 32 dan 64 bit. Anda akan dapat saksikan bezanya walaupun pada perkakasan yang sama.

Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu, Lubuntu.
Beza antara *Buntu ini cumalah Desktop Environment atau persekitaran desktop serta aplikasi lalai yang terpasang. Contohnya, Kubuntu menggunakan Konqueror berbanding Ubuntu yang gunakan GNOME.

Lucid Lynx, Maverick Meerkat, Gutsy Gibbon.
Ada cerita di sebalik penamaan kod nama ini, tapi itu kita tinggalkan dulu. Nama-nama yang tertera pada tajuk ini dipanggila kod nama atau codename.

Ia digunakan oleh pembangun sahaja (kadang-kadang bukan pembangun pun guna) untuk merujuk pada versi yang sedang diusahakan. Contohlah, Ubuntu 10.04 dipanggil Lucid Lynx..Ubuntu 10.04 ada banyak Editionjadi untuk menyimpulkan kesemuanya merujuk pada satu sahaja mereka memanggilknya Lucid.

Rumusan.
Kami buat sini senarai variasi Ubuntu rasmi yang ada. Kami bahagikan peringkat awal dengan jenis bit, disusuli edisi dan lain-lain.

Ubuntu 32-bit.

Ubuntu Desktop Edition
Ubuntu Desktop Edition Alternate
Ubuntu Server Edition
Ubuntu Server Edition Alternate
Ubuntu Netbook Edition
Ubuntu 64-bit.

Ubuntu Desktop Edition
Ubuntu Desktop Edition Alternate
Ubuntu Server Edition
Ubuntu Server Edition Alternate
Ada juga Ubuntu variasi lain bagi platform lain macam PPC dan ARM tapi cukuplah ini dahulu ye!

0 件のコメント:

コメントを投稿