2010年4月3日土曜日

KETAGIHAN MEROKOK : HARAM YANG BERGANDA-GANDA

http://ustaz-amal.blogspot.com/


KUALA LUMPUR -

1. Melihat kepada material dan bahan merbahaya yang ada di dalam rokok serta kesan dan risiko yang buruk (kematian dan penyakit-penyakit merbahaya) pada diri perokok dan orang-orang yang ada di sekitarnya, maka jumhur para ulama dan pakar kesihatan merumus dan memfatwakan bahawa merokok adalah perbuatan yang haram yang mesti diberhentikan dengan kadar segera.

2. Menurut pembelajaran kita bahawa sesuatu hukum yang haram itu ialah berbuat dapat dosa, ditinggalkan dapat pahala. Kedudukannya mestilah ditinggalkan. Maka, ketagihan merokok yang tidak dikawal hanya menjadikan dosa kita semakin bertambah setiap hari.

3. Selanjutnya, pengharaman terhadap dosa merokok itu bukan hanya pada dua faktor di atas sahaja, namun haramnya aktiviti merokok itu dilihat dari faktor pembaziran dan pengaliran wang ringgit umat islam itu sendiri. Bayangkan sudah berapa juta atau billion wang umat Islam mengalir ke tangan musuh-musuh Islam dari kalangan Yahudi, Imperialis dan kapitalis yang tamak haloba dan sentiasa mengimpikan kehancuran Islam dan umatnya.

4. Dan bayangkan juga kalau jumlah wang yang sama sebagaimana di atas digunakan untuk memartabat dan membangunkan syiar Islam, maka sudah tentu banyak kemajuan dan kecemerlangan yang dapat dicapai oleh agama Islam tercinta.

5. Ingatlah, saat di mana nanti Allah akan menyoal kita ke manakah kita belanjakan wang dan duit kita? Ke arah yang halal atau haram? Ke arah yang bermanfaat atau sia-sia? Ke arah pahala atau dosa? Apa jawapan yang akan kita berikan kepada Allah terhadap berjuta-juta bahkan berbillion duit kita (umat Islam) di buang dan dialirkan kepada perbuatan yang sia-sia? Itu belum campur dengan duit dan wang yang kita belanjakan kepada aktiviti-aktiviti dosa (maksiat) yang lain. Sekali lagi ingat! Duit kita adalah amanah Allah kepada kita.

6. Penagihan rokok akan menjadi lebih hina dina andai benar fakta yang dibentang oleh seorang pakar akademik dari Australia berikut. Satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Huhh, bukan hanya nikotin, tar dan racun yang kita sedut ke dalam tubuh kita bahkan unsur babi pun di telan juga!!

7. Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Ya Tuhanku, inilah juga jawapan kenapa hati kita jadi keras, jiwa kita jadi kematu dan diri kita semakin jauh dari Allah, semakin terpinggir dari hidayahNya.

8. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph baru-baru ini menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi. Jesteru, marilah kita tinggalkan segera segala perbuatan yang dilarang agama sebelum kematian datang menjemput kita. Marilah segera kita bertaubat sebelum tiada lagi nyawa yang tersisa. Ya Allah, selamatkanlah hamba-hambaMu ya Allah.

0 件のコメント:

コメントを投稿