2010年5月9日日曜日

Linux Dan Permainan Komputer

http://www.jomlinux.com

Linux Dan Permainan Komputer

Posted: May 9th, 2010

“Aku bukan tak nak guna Linux, cuma permainan komputer dia tak best” kata Jendela. “Boleh guna Wine la” kata Linux pula. “Memang la, tapi bukan semua boleh mainkan” tambah Jendela lagi meninggalkan Linux yang buntu memutar-mutarkan desktop cubenya dengan compiz. Itulah diantara alasan kuat pengguna Jendela tidak mahu berhijrah ke Linux.

Dulu mungkin betul. Tapi dengan perkembangan teknologi masa kini, alasan tadi sudah tidak releven lagi.

Oleh kerana pengguna Linux mula bertambah, semakin hari semakin banyak permainan komputer untuk Linux diterbitkan sama ada percuma ataupun komersial. Syarikat-syarikat pembuat permainan juga kini sudah mengiktiraf Linux sebagai kuasa baru dalam dunia permainan komputer. Maknanya sudah ada permainan komputer yang boleh dimainkan tanpa Wine.

Akan tetapi salah faham sering terjadi pada pemikiran kita selama ini iaitu jika Linux, Sumber Terbuka semua mesti percuma. Tak bolehlah macam tu.

Permainan bukan macam aplikasi. Aplikasi cuma gunakan code dan sedikit grafik. Permainan pula selain code, grafiklah yang menjadikan sesuatu permainan bagus atau tidak. Tahukah anda betapa susahnya untuk merekacipta garfik-grafik yang bagus? Tak adillah jika kita mahukannya secara percuma. Kalau pada Jendela tu boleh ke dapat permainan-permainan yang bagus secara percuma?

Lagipun persoalan utama di sini bukanlah percuma atau tidak, tetapi kenapa tak nak Linux?

0 件のコメント:

コメントを投稿