2009年12月18日金曜日

Berita menarik dari JOM LINUX

Linux Memang Pun Banyak Kurangnya.

17 December 2009 29 views 4 Comments

Sesiapa kipas susah mati Linux atau baru terjun hendak masuk ke dunia OS sumber terbuka ini. Ada baiknya baca isi artikel yang hendak diceritakan ni. Jika anda tidak boleh menerima kekurangan Linux ini, lebih baik kekal OS yang sedia ada sekarang dan jangan tukar!

Semenjak mengenali Linux dari dulu hingga sekarang. Saya perhatikan banyak kekurang Linux berbanding OS lain terutama jendela yang menjadi buat mulut ramai selepas keluar versi 7. Bayangkan versi 9.10 dari distro Ubuntu Linux ni masih banyak kurangnya dari versi Jendela 7 walhal sepatutuna Ubuntu lah banyak kelebihan kalau ikut dari nombor versi. huh!

Berikut saya senaraikan ketiadaan ciri atau kurangnya Linux secara ringkas….Harap boleh baca hingga habis dan berikan komen.

Tiada butang Start.

Terkejut teman bila guna Ubuntu Linux, tengok-tengok dekat skrin takde butang Start. Jadi macamana nak mula kerja kalu butang Start takde? Lepas picit butang Windows kat papan kekunci tu – ala yang sebelah Alt tu. Pun tak keluar gak Start Menu. Pendek kata, anda tak boleh buat kerja kat Linux.

Tiada CD-Key.

Korang bayangkanlah, berapa banyak saya dah pasang kat PC. Langsung tak minta CD-Key…saya rasa Linux yang saya pakai ni mesti dah kena crack punya!

Tiada Activation.

Ohhh….tidak! Silap-silap hari bulan tak pasal-pasal skrin jadi hitam pasal tak activate lagi. Penah gak cari kat pak cik Google camne nak activate Ubuntu Linux. Tak jumpa gak caranya, ada sapa-sapa yang tahu boleh tinggalkan komen kat sini.

Tiada Internet Explorer.

Duniaku kiamat bila tak dapat guna Internet Explorer. Tanpa IE…tak dapatlah saya nak mengekplore internet.

Tiada Registry.

Apa guna saya dowload Registry Cleaner? Kat Linux takde Registry pun takde.

Tiada Defragmenting.

Ini kes berat ni…kalau korang nak guna Linux dalam waktu panjang….saya nasihat tak usahlah…tak de pun program nak defragmenting nie…berserabut le fail dalam hard disk tu karang.

Tiada Anti Virus.

Linux memang bahaya! Korang pasang le Linux kat PC tu, dia takde pun mintak suruh pasang anti virus, takde pun pop up kata sekuriti anda tahap lemah, dah tu sampai sekarang saya tak pakai anti virus langsung…tak tahu lah berapa lama lagi boleh tahan OS ni.

Tiada Skrin Bebiru.

Katakan komputer anda rosak atau crash macamana korang nak tahu apa masalah yang timbul kalau tiada Blue Screen Of Death? Macamana? Cuba bagitahu! Bila guna Linux tak ada langsung keluar skrin biru-biru ini, lagilah teman risau.

tux-291x356-migrando

Bagi mereka yang tak boleh terima kekurangan Linux macam saya sebutkan di atas. Tak usahlah berhijrah ke Linux,ok!

2 件のコメント:

  1. saya tak pakai linux..
    tapi dari apa yang tulisan kat atas tu
    menunjukan awk memang new user..
    ramai yg kata linux lagi mudah guna..
    linux memang tak mintak s/no. atau registry pasal dia free.. tak gaduh nak kena saman.. tu yg kerajaan berura pakai linux. tak kena lesen..
    memang linux tak perlu antivirus.. pasal memang tak ada ata u tak banyak virus boleh menentang sistem linux.. berbeza dgn window vista ,seven etc.. memang mudah diserang virus.. malah banyak comoany membuat virus untuk window.. dan jual antivirus.. pendek kata window memang tempat buat duit.blue screen takde.. maksudnya memang linux susah rosak.. hehe
    cuba biaakan pakai dulu..
    kelemahan linux yang ada sekarang cuma kat asia suma org guna windows.. jadi susah nak share comp. tu je..

    返信削除
  2. new user tu tak tahu lah..tpi i'm user since ubuntu 9.04, 9,10 now, 10.04 LTS, 10thn dulu penah pakai suse tpi sebab tak pandai program stop dulu..dgn Ubuntu masaalah tu selesai... now my laptop only powered by UBUNTU 10.04 LTS

    返信削除