2009年12月10日木曜日

Google chrome untuk Linux

Anda belum mencuba?

Terima kasih kepada http://www.jomlinux.com/ atas maklumat ini.

Google Chrome Untuk Linux. Dilepaskan.

9 December 2009 78 views 5 Comments

Hari ni saya meneliti emel dan terperanjat apabila pak cik Google menghantar emel pada saya. Setelah menelaah isi emel tersebut rupa-rupanya pak cik Google nak bagi tahu yang Google Chrome untuk Linux versi Beta telah pun dilepaskan. Wow! Saya pun tak sabar mencuba dan saya nak kongsikan pada rakan-rakan. Tutorial juga disediakan.

Sebelum ini pun memang ada orang dah port Chrome ke Linux. Sama ada yang guna Wine atau pun servis lain macam PPA bagi Ubuntu. Tapi kali ini pak cik Google sendiri yang keluarkan Chrome jadi saya rasa integerasinya lebih baik.

Ok. Untuk tutorial ini sila gunakan Ubuntu 9.10 dan ikuti langkah di bawah.

  1. Masuk ke laman Google Chrome untuk Linux. Anda boleh baca cerita kartun yang pak cik Google lukis.
  2. Klik Download Google Chrome (Beta).
  3. Pilih versi Linux anda. Memandangkan tutorial ini menggunakan Ubuntu jadi ambil For Debian/Ubuntu.
  4. Muat turun hingga selesai.
  5. Dwi-klik fail yang dimuat turun tadi dan install.
  6. Setelah siap. Anda boleh akses Chrome dari Applications > Internet > Google Chrome.

Setakat yang saya cuba, Chrome boleh menjalankan pelbagai web termasuklah yang ada Flash macam Youtube. Jadi saya rasa anda juga tak mempunyai masalah untuk akses web ke seperti ini. Anda juga akan ditanya untuk mengimport bookmark dari Firefox jika ada ketika mula-mula menggunakan aplikasi ini.

http://www.jomlinux.com/

0 件のコメント:

コメントを投稿